GALAKAN MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYA'BAN
Diriwayatkan oleh Abdur Razzaq ibn Humam daripada Ali ibn Abu Talib رضى الله عنه daripada Nabi ﷺ bersabda :
إِذَا كَانَ لَيْلَةُ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ ٱللهَ ﻷ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ ٱلشَّمْسِ، فَيَقُولُ ﻷ: أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ فَأَغْفِرَ لَهُ، أَلَا مِنْ مُسْتَرْزِقٍ فَأَرْزُقَهُ، أَلَا مِنْ مُبْتَلًىٰ فَأُعَافِيَهُ، أَلَا كَذَا، أَلَا كَذَا، حَتَّىٰ يَطْلُعَ ٱلْفَجْرُ.
“Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana Allah 'Azza wa Jalla menurunkan perintahNya pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari. Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman, ”Adakah terdapat di kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Aku ampunkannya. Adakah terdapat dalam kalangan mereka yang memohon rezeki, maka akan Aku turunkan rezeki untuknya. Adakah di kalangan mereka yang ditimpa bala, maka akan Aku sejahterakannya. Adakah dalam kalangan mereka begini dan adakah dalam kalangan mereka begini sehinggalah menjelang fajar.”
[ Ibnu Majah, 1388, al Baihaqi, 3822 ]
Posting Komentar untuk "GALAKAN MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYA'BAN"