Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA.

Kepada sesiapa yang menerima viral ini bacalah, kalau tak baca rugi sangat-sangat.
Jika tak boleh baca sekarang, cari la masa yang sesuai untuk baca semoga ada manfa'atnya.

Untuk sahabat-sahabat.
Jiran-jiran, adik beradik dan anak-anak yang dikasehi.

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA.

Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

Jahat atau baik kita, sholat jangan ditinggalkan.
Sholat bukan sebab kita baik.
Sholat sebab perintah Allah.
Sholat kita adalah lambang kehidupan kita.

Sholat lah. Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagia'an, keberkatan hidup dan rezeki.

NABI ﷺ tidak kagum dengan pangkat dan kekaya'an manusia.
Jika tidak, sudah pasti gunung yang hendak ditukarkan kepada emas tidak ditolak oleh BAGINDA.

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup.

Kalau dah mati.
Dapat anak tak tinggal sholat itu bonus.
Dapat anak yang pandai Al-Quran itu bonus.
Sedekah masa hidup itu bonus.
Ilmu yang di kongsi itu bonus.

Sehebat mana pun kita, kita tetap akan mati.
Sehina mana pun kita, kita tetap akan mati.
Takut macam mana pun dengan mati, tetap akan mati...*l
Berani macam mana pun, tetap akan mati.
Sayang macam mana pun kita dengan kehidupan ini, tetap akan mati.
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya.
Mati itu pasti.
Sakaratul Maut itu pasti.
Alam barzakh itu pasti.
Ingat mati...
Renungkan sa'at sendirian setelah mati. Lenyaplah sangka'an buruk kepada sesiapa pun.
Kita tak bawa segunung harta setelah mati. 
Kita tak bawa sijil tertinggi yang kita ada. Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.

Teruslah melangkah, selama engkau
di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerna yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua
kebaikan yang kamu lakukan.

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza.

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA.

PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR "SAMA.

SA'AT USIA 50- an. "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu.

SA'AT USIA 60-an. "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)

SA'AT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.
Sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  ).

SA'AT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)
(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.." sa'at itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain-lain, kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa, dan kamu tak berdaya lagi ke tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu).

SA'AT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan ).

SA'AT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN,  SAMA SAJA." Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang-orang akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing-masing.

Oleh kerana itu, semasa hidup, jangan terlalu tinggi hati, atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA.. JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti, kerana PADA AKHIRNYA  kamu tak memiliki APA-APA.

" ...Kecuali amal kebaikan dan Ibadah.
Yang akan di bawa di akhir Cerita... "

"Gambar Hiasan"

Halal di share...
Fb. Qalam Ilmu ✍️

Posting Komentar untuk "PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA."

Produk Terlaris di Shopee
Gambar Produk
Anting Titanium Anak | Anti Karat Karat
Rp47.111
BELI SEKARANG
Gambar Produk
VANILLA HOUSE AGHNIA BAG TAS RANSEL
Rp149.000
BELI SEKARANG
Gambar Produk
LEN KULOT CRINKLE AIRFLOW TERLARIS
Rp38.500
BELI SEKARANG
Gambar Produk
Masker KF94 KOREA WARNA ISI 10
Rp2.449
BELI SEKARANG
Gambar Produk
PinkMe - Zirconia Crystal Initial Bracelet | Gelang inisia/span>
150.000
BELI SEKARANG
Gambar Produk
❤ BELIA ❤ SYB NATUR90 Peel Off Mask Goat milk
Rp2.000
BELI SEKARANG
Gambar Produk
Lip Stain | dual function bibir blush on lip
Rp16.300
BELI SEKARANG
Produk Terlaris di Shopee
Gambar Produk
Paris Premium // Segi Empat Paris Polos
Rp18.900
BELI SEKARANG
Gambar Produk
[ COD ] Bella Square 50 Warna Hijab Segiempat
Rp8.400
BELI SEKARANG
Gambar Produk
30+ WARNA (CAMILA) Pashtan Anak Camila
Rp12.999
BELI SEKARANG
Gambar Produk
PASMINA INNER CERUTY BABY DOLL/HIJAB
Rp19.000
BELI SEKARANG
Gambar Produk
Sarung WADIMOR Hitam Putih Polos Tumpal Garis/span>
11.900
BELI SEKARANG
Gambar Produk
OUTER SCARF WANITA PREMIUM MOTIF MOTIF
Rp35.000
BELI SEKARANG
Gambar Produk
MUKENA ADARA KATUN POLOS RENDA BALI JUMBO
Rp99.999
BELI SEKARANG