Tali ikatan semua dibuka termasuk tali pocong, kain muka dibuka, rapatkan muka di tatah dan pipi kanan di cicahkan ke tanah juga.
Tali ikatan semua dibuka termasuk tali pocong, kain muka dibuka, rapatkan muka di tatah dan pipi kanan di cicahkan ke tanah juga.
Kita berada di alam kubur lebih lama daripada kita hidup di dunia ini.
Imam Syafi'e hidup selama 53 tahun di dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia lebih 1,200 tahun.
Imam Nawawi hidup selama 53 tahun di atas dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun.
P. Ramlee hidup selama 44 tahun di atas dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia 48 tahun.
Jadi, adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagia'an di alam kubur nanti?
Allah menciptakan manusia dan jin adalah supaya kita beribadat kepada-NYA.
Kita hidup hanya sekali sahaja di atas dunia ini, maka jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang bersifat sementara.
Muhasabah diri...
Ada duit lebih, rajin-rajin bersedekah wahai manusia, itulah bekalan untuk hidup kamu yang lebih lama di alam kubur dan alam akhirat.
Sholat fardhu 5 waktu jangan ditinggalkan walau dlm apa jua keada'an, subuh mesti bangun.
Insaflah, jangan sesekali kita berbangga dengan harta dan kehidupan di atas dunia.
KEMATIAN akan menjemput kita bila-bila masa, di mana-mana dan apa cara sekalipun.
Posting Komentar untuk "Tali ikatan semua dibuka termasuk tali pocong, kain muka dibuka, rapatkan muka di tatah dan pipi kanan di cicahkan ke tanah juga."