SubahanAllah..Baru Berusia 5 Tahun dah Empat kali Khatam Quran,”lni Rahsia Didikan lbunya”
Kita sebagai ibu bapa sudah pastinya mengharapkan dikurniakan anak-anak yang baik, soleh dan solehah yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Bagaimanapun tanggungjawab ini bukan mudah jika tidak dimulakan dari awal. Lagi-lagi dengan cabaran hari ini yang cukup hebat dengan pelbagai dugaan. Apa yang kita tunjuk dan lakukan untuk anak-anak, semua itu akan menjadi pegangan buat mereka hingga besar.
Namun ramai dalam kalangan kita masih lagi bersikap menunggu biar anak besar baru nak buat sesuatu untuk mereka. Tanggapan ini silap. Patutnya sejak dari kecil lagi dah diajarkan perkara yang baik agar sampai besar ia akan berterusan.
Kisah penuh inspirasi seorang ibu ini, Puan Nurul Huda mengenai caranya mendidik anak mengikut panduan Islam sangat hebat. Apa yang membanggakan, sebelum usia 5 tahun, anak perempuannya dah pun berjaya khatam al-Quran sebanyak 4 kali.
Tanpa p4ksaan tetapi semua itu dilakukan dengan cara yang menyeronokkan. Dia juga seperti anak yang lain ada waktu bermain dan mempunyai hobi seperti kanak-kanak seusianya.
Mengenal al-Quran seawal usia 3 tahun
Advertisement
Atas permintaan ramai Mommy nak share sedikit pengalaman Nur Madeena dapat mengenal Al-Quran seawal 3 tahun dan dapat khatam sebelum umur 4 tahun. Semua ni dengan izin Allah jua.
Tiada lain yang mampu melainkan Dia. Alhamdulillah.. Tapi apa-apa pun bermula dari kita sebagai mak ayah. Kita nak anak mengaji jadi kita pun kena mengaji. Kita hadkan masa kita dengan hp, tapi kita banyakkan masa kita dengan al-Quran. InsyaAllah anak pun akan ikut kita.
Posting Komentar untuk "SubahanAllah..Baru Berusia 5 Tahun dah Empat kali Khatam Quran,”lni Rahsia Didikan lbunya”"